JAKARTA (voa Islam) - Adakah anda pernah mendengar teori
konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini:
Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu
sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang
digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban
ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu
pangkalan di atas bukit.
Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh
2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang
beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih
kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini.
(http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html.)
Apa yang Taliban mahu ialah uang. Mereka mahu menjual
sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan
urusan di Ukraine.
China
pula amat dahagakan teknologi sistem ini.
Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di
belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu China telah
menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang
dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.
Sekitar awal Maret 2014, lapan saintis China tersebut
bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat
laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini
kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan
diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel,
bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut.
China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut
kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka.
Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing
mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas
atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.
Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan
operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga “Iran” dengan pasport curi
kemungkinan diantaranya.
Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu
pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the
signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod
kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara
tiba-tiba untuk seketika.
Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa
911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua)
dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh
pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara
kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal
pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone.
Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel
mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi
yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang
timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang
udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China.
Radar tentera Malaysia,
Thailand dan India
sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti
dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.
Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara,
Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk
kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan
penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan
Hindi. Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan.
Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu
kekurangan oksigen.
Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan
membocorkan rahsia. Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi
berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi,
untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya
terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang
degil.
Amerika telah melakukan persembahan yang baik.
Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China
Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka
dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang
bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan
peranan sebagai pembantu pelakon.
Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi
bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China
Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini
menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam
China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan
ahli-ahli sains pertahanannya.
Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda
untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini
mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga
kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA
yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia
US).(AM Hasan/FB/kompasiana/voa Islam)
Artikel Terkait
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Pesan yang baik, jangan emosional.Bila ingin mengkeritisi, pakailah dalil yang sahih.Dan identitasnya jelas. Komentar emosional, tidak ditayangkan