Saya nukilkan perkataan
Al-Imam Ibnu Al Jawzi rahimahUllah mengenai keistimewaan majelis yang terdapat
pembacaan sholawat dan salam kepada Sayyidina Muhammad SAW. Imam Ibnul Jawzi
adalah seorang ulama besar, muffasir dan muhaddits yang bermazhab Hanbali.
Beliau yang nama penuhnya al-Imam al-’Allaamah al-Haafiz ‘Abdur Rahman bin Abul
Hasan ‘Ali bin Muhammad bin ‘Ali bin ‘Ubaidillah al-Baghdadi al-Hanbali
dilahirkan kira-kira dalam tahun 510H dan wafat pada 13 Ramadhan 597H. Beliau
meninggalkan banyak karangan sehingga dikatakan melebihi 400 buah karangan.
Imam Ibnul Jawzi al-Hanbali rahimahUllah menulis dalam karya beliau “Bustaanul
Waa`idhziin Wa Riyaadhus Saami`iin” pada halaman 293 sebagai berikut:-
Telah diriwayatkan bahwa Nabi
SAW bersabda: ” Tidaklah duduknya (yakni hadir) suatu kaum dalam sebuah majlis
kemudian mereka berpisah atau pulang tanpa bersholawat ke atasku melainkan
perpisahan mereka itu hanya bau busuk bangkai himar.” Apabila suatu majlis di
mana para hadirin yang menghadirinya tidak bersholawat ke atas Junjungan Nabi
SAW di dalamnya, akan menyebabkan mereka berpisah atau pulang itu bagaikan bau
busuk bangkai himar (keldai), maka tidaklah mengherankan jika majlis yang di
dalamnya diucapkan ucapan-ucapan sholawat ke atas Junjungan Nabi SAW akan
menyebabkan para hadirin yang menghadirinya mendapat bau wangi yang paling
harum dan paling baik. Dan yang sedemikian itu adalah karena Junjungan Nabi SAW
adalah makhluk yang terbaik dan yang paling suci, yang mana apabila Baginda Nabi
SAW bersabda dalam suatu majlis, niscaya penuhlah majlis tersebut dengan bau
harum mewangi semerbak kasturi. Maka demikianlah juga pada majlis yang disebut
di dalamnya terdapat Baginda Nabi SAW (yakni dengan bersholawat, mendengar
hadis-hadis Baginda SAW, mendengar ajaran-ajaran Nabi SAW dan mendengar sirah
atau kisah-kisah yang berkaitan dengan Nabi Muhammad SAW), niscaya akan
terbitlah bau harum semerbak mewangi yang menembus tujuh langit hingga ke
arasy, keharumannya dicium oleh segala makhluk Allah yang ada di bumi selain
daripada jin dan manusia. Seandainya manusia dan jin dapat mencium bau harum
tersebut, niscaya lupalah mereka akan segala urusan penghidupan mereka, kerana
terlalu sibuk meni’mati kelazatan dan keni’matan bau harum tersebut. Manakala,
setiap malaikat dan makhluk Allah ta`ala selain jin dan manusia, yang mencium
bau harum tersebut akan berdoa memohon keampunan untuk orang-orang yang hadir
dalam majlis tersebut, dan akan dituliskan bagi mereka yang hadir itu pahala
sebanyak bilangan makhluk Allah ta`ala yang mencium bau harum tersebut serta
diangkat derajat mereka menurut bilangan makhluk-makhluk tersebut. Maka setiap
orang masing-masing akan mendapat pahala yang sedemikian tadi tanpa
memperkirakan berapa jumlah mereka yang berkumpul dalam majlis tersebut, baik
itu seorang ataupun seratus ribu orang, dan apa yang ada di sisi Allah dari
pahala dan ganjaran adalah terlebih banyak lagi. Maka wahai pencinta-pencinta
Rasulullah SAW hendaklah kamu bersholawat ke atas Sang Kekasih nescaya Allah
Tuhan yang Maha Tinggi akan memberikan kamu minuman kerohanian penghubung
kasih, memakaikan kamu dengan pakaian keindahan dan kesempurnaan serta
menghiasi kamu dengan kitabnya yang mulia.“
Perkataan Imam Ibnul Jawzi ini juga
dinukil oleh Buya Habib Muhammad al-Maliki rahimahUllah dalam karya beliau
“Ma-dza fi Sya’baan” pada halaman 38 – 39. Maka janganlah bermalas-malas untuk
menghadirkan diri kita dalam majlis di mana Junjungan Nabi SAW dipuji, disebut,
disanjung, dicerita, dikisah, disholawatkan serta diutus ucapan salam
kesejahteraan. Sesungguhnya setiap masa dan ketika kita mengharapkan rahmat
Allah SWT dan syafaat Junjungan Rasulullah SAW
:
http://www.sarkub.com/2013/keharuman-majelis-maulid-nabi-saw/#ixzz2KCBcs2nq
Komentarku ( Mahrus ali):
Dalam kutubut tis`ah , terdapat
hadis yang tidak sama dengan hadis di
atas sbb:
مسند أحمد ١٠٢٦٤: حَدَّثَنَا رَوْحٌ حَدَّثَنَا
حَمَّادٌ عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ مَا جَلَسَ قَوْمٌ مَجْلِسًا فَتَفَرَّقُوا عَنْ غَيْرِ ذِكْرٍ
إِلَّا تَفَرَّقُوا عَنْ مِثْلِ جِيفَةِ حِمَارٍ وَكَانَ ذَلِكَ الْمَجْلِسُ
عَلَيْهِمْ حَسْرَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Musnad Ahmad 10264: Telah
menceritakan kepada kami Rauh berkata, telah menceritakan kepada kami Hammad
dari Suhail bin Abu Shalih dari bapaknya dari Abu Hurairah dari Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Tidaklah suatu kaum duduk disuatu
tempat lalu berpisah tanpa berdzikir kepada Allah, kecuali seakan-akan mereka
telah berpisah dari bangkai himar, dan majlis tersebut kelak pada hari kiamat
akan menjadi kerugian bagi mereka."
تحقيق الألباني
( صحيح
) انظر حديث رقم : 5508 في صحيح الجامع .
Menurut kajian al albani, hadis tsb sahih, lihat hadis nomer 5508 dalam
sahih jami`.
Untuk hadis yang di nukil oleh Ibnul
Jawzi itu sbb:
مَا جَلَسَ قَوْمٌ مَجْلِسًا ، فَتَفَرَّقُوا
عَنْ غَيْرِ صَلاَةٍ علي ، إِلاَّ تَفَرَّقُوا عَلَى أَنْتَنِ مِنْ
مِنْ جِيْفَةِ حِمَارٍ
Lalu diterjemahkan oleh Sarkub sedemikian:
Tidaklah duduknya (yakni hadir)
suatu kaum dalam sebuah majlis kemudian mereka berpisah atau pulang tanpa
bersholawat ke atasku melainkan perpisahan mereka itu hanya bau busuk bangkai
himar.”
Terjemahan menurutku ( Mahrus ali) :
Tiadalah suatu kaum duduk di suatu
tempat lalu berpisah tanpa membaca sholawat kepadaku ( Nabi SAW) kecuali mereka
berpisah dengan bau yang lebih busuk dari bangkai keledai.
Komentarku ( Mahrus ali):
Hadis yang sahih itu mereka berpisah tanpa membaca dzikir bukan mereka
berpisah tanpa baca sholawat.
أبو عبد الملك
فقد وجدت كثيرا من الروايات والطرق ولكن لم أجد
بلفظ " على غير صلاة عليّ " وإنما اللفظ كان " ما من قوم يقومون من
مجلس لا يذكرون الله فيه إلا قاموا عن مثل جيفة حمار "
أو بلفظ قريب منه .
أو بلفظ قريب منه .
http://www.imanway1.com/taebeen/archive/index.php/t-631.html
:
Abu
Abdil Malik berkata:
Sungguh
aku menjumpai kebanyakan riwayat dan jalur hadis, aku tidak menjumpai redaksi “ ……………mereka
berpisah tanpa membaca sholawat”. Tapi
redaksinya : Setiap kaum yang berdiri dari
suatu majlis yang tidak digunakan dzikir kepada Allah, maka sama dengan
mereka berdiri dari semisal bangkai
keledai. Atau redaksi yang agak mirip dengannya. [1]
Ada
hadis sbb:
مَا جَلَسَ قَوْمٌ مَجْلِسًا ، فَتَفَرَّقُوا
عَنْ غَيْرِ صَلاَةٍ عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، إِلاَّ تَفَرَّقُوا
عَلَى أَنْتَنِ مِنْ رِيحِ الْجِيفَةِ.
Tiada suatu kaum duduk di suatu
tempat, lalu berpisah tanpa baca sholawat pada Nabi SAW kecuali mereka berpisah
dengan bau yang lebih busuk dari bau bangkai. HR Nasai dalam kitab amalul yaumi wallailati .
Komentarku ( Mahrus ali):
……….. tanpa redaksi bangkai keledai.
Sanadnya sbb;
:
أخبرنا أحمد بن عَبْد اللهِ بن علي بن سُوَيْد بن مَنْجُوف ، قال : حدَّثنا أبو
داود ، عن يَزِيد بن إبراهيم ، عن أَبي الزُّبَيْر ، فذكره
Bercerita kepada kami Ahmad bin Abdillah bin Ali bin Suwaid bin
Manjuf berkata: Bercerita kepada kami Abu dawud
dari Yazid bin Ibrahim dari Abuz Zubair , lalu menyebut hadis tsb.
Komentarku ( Mahrus ali):
Hadis yang di sampaikan oleh Sarkub
itu lemah, karena ada perawi Abuz Zubair yang mudallis dan tidak bisa di buat
hujjah , kata Abu hatim.
Komentarku ( Mahrus ali):
Redaksinya juga nyeleneh dan Syadz – ganjil- tidak
populer. Dan ini cacat yang membikin hadis itu lemah.
Artikel Terkait
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Pesan yang baik, jangan emosional.Bila ingin mengkeritisi, pakailah dalil yang sahih.Dan identitasnya jelas. Komentar emosional, tidak ditayangkan