|| Siri
soalan Dr. Fathi al-Sakandary: Fatwa 6 ulama hadith muktabar bermanhaj
Mutaqaddimin berkenaan hukum menyebut "Madad ya Rasulallah" ||
Pada akhir
November 2014, saya telah bertanya kepada guru-guru saya para ulama hadith
berkenaan hukum seseorang muslim menyebut "madad ya Rasulullah".
Sebanyak 6 ulama hadith muktabar serata dunia ditanya dari timur tengah, ke
afrika, india,
hingga ke barat.
Kesemuanya
adalah para ahli hadith yang berdiri teguh atas manhaj mutaqaddimin, mereka
ialah:
1-
Al-Syaikh al-Muhaddith al-Hafiz Abu Muhammad Ahmad Muhammad Shihatah al-Alfy
al-Sakandary (Iskandariah, Mesir).
Beliau
ialah muhaddith dan musnid besar Iskandariah, guru saya yang utama di
Iskandariah, terkenal sebagai Syaikhul Hadith al-Iskandariah. Merupakan hafiz
kutub sittah (hafiz keseluruhan matan dan sanad) dan juga hafiz kitab-kitab
jarh dan ta'dil, pakar qiraat dan juga lughah bahasa 'arab. Saya mengikuti kelas-kelas
beliau seawal di masjid al-Bukhari, 'Asafirah hingga ke Kilo 21 'Agamy, Bitash
dan Nahdhah, daripada beliau saya menerima ijazah hadith serta meriwayatkan
kitab-kitab hadith semisal kutub sittah, musalsalat dan lainnya.
Beliau
juga merupakan ahli persatuan Ansarus Sunnah Mesir, berguru dengan ramai ulama
antaranya al-'Allamah Muhammad Najib, al-Syaikh Muhammad 'Ali 'Abdurrahim,
al-Syaikh Dr. Ahmad Ma'bad 'Abdel Kareem al-Azhari al-Misri, al-Syaikh Ahmad
Syakir al-Misri, al-Syaikh al-Hafiz Abu Khalid 'Abdul Wakeel bin 'Abdul Haqq
al-Hashimi al-Makki, al-Syaikh Abu Bakr Zuhair al-Syawish al-Dimashqi,
al-Syaikh Muhammad Israil al-Nadwi al-Salafi, al-Syaikh Dr. Maher Yasin
al-Fahl, al-Syaikh Nizaam Muhammad Soleh Ya'qubi dan ramai lagi.
Beliau
menulis banyak karya, antaranya karya berkaitan 'ilal hadith seperti Irsyad
al-Salik Ila 'Ilal Ahadith Anas bin Malik, al-Ta'qib al-Hathith bi Bayan Aqsam
'Ilal al-Hadith, dan banyak lagi, juga karya berkaitan kajian ulum hadith
seperti al-Iklil bi Bayan Ihtijaj al-Aimmah bi Riwayat al-Majahil, sebuah kitab
besar menjelaskan manhaj huffaz Mutaqaddimin dalam menerima periwayatan para
rawi majhul serta syarat-syaratnya yang ketat, juga al-Tasrih bi Dha'f Ahadith
Solat al-Tasabih yang menjelaskan munkar dan dhaifnya kesemua riwayat berkait
solat tasbih.
Beliau
juga menulis kitab al-Ta'qib al-Mutuni 'Ala
al-Silsilah al-Dha'ifah li-l-Albani, sebuah kitab yang mengkritik ilmiah
kesilapan-kesilapan penilaian hadith al-Syaikh al-Albani dalam al-Silsilah
al-Sahihah, dan juga kitab khas yang sepertinya mengkritik ilmiah penilaian
hadith al-Albani untuk kitab Riyadhus salihin, dan lain-lain karya.
2-
Al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Abu Khalid Waleed Idrees al-Sakandary thumma
al-Meneesy (Iskandariah, Mesir/Minnesota, Amerika Syarikat)
Beliau
adalah antara ulama hadith dan musnid besar zaman kita, berasal dari
Iskandariah, Mesir kemudian berhijrah ke Minnesota, Amerika Syarikat dan
membina pusat pengajian Islam di sana. Beliau meriwayatkan dari lebih 80 guru,
jika tidak ratus guru. Dari beliau juga saya merima ijazah hadith dan
meriwayatkan beberapa musalsalat semisal musalsal bil awwaliyah, musalsal bil
mahabbah, musalsal bi qira-ah surah al-kawthar, musalsal bi qira-ah surah
al-Saaf, musalsal bil musafahah, serta musalsal bil hanabilah, dan juga kutub
sittah dan lainnya.
Beliau
berguru dengan ramai ulama semisal al-Syaikh Muhammad 'Abdul Humaid
al-Iskandari, al-Syaikh Ihab Ahmad Fikri, al-Syaikh 'Abdullah Soleh al-'Ubaid,
al-Syaikh Muhammad Samir al-Dimashqi, al-Syaikh Mustafa 'Abbas al-Misri dan
lainnya.
Beliau
menulis banyak karya antaranya Wasail al-Muwasalat wal Ahkam al-Fiqhiah
al-Muta'allaqah Biha yang juga merupakan tesis PhD beliau, Syarah 'Umdatul Fiqh
Ibn Qudamah, Muzakkirah Fi Ulum al-Hadith, Fatawa wa Rasail al-Syaikh
'Abdurrazzaq al-'Afifi, Athar al-Qiraat al-Arba'ah 'Ahsr fi Mabahith al-'Aqidah
wa al-Fiqh dan lainnya karya.
3-
Al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Hamzah 'Abdullah al-Malibari (Malabar,
India/Pakistan)
Beliau
merupakan seorang ahli hadith dan muhaqqiq kelahiran Kerala, Malabar, India.
Syaikhuna Hamzah al-Malibari mendapat pendidikan hadith di India, serta
Pakistan, dan juga Universiti Islam Madinah (Arab Saudi) dalam bidang hadith,
serta pernah menjadi pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir seterusnya menghabiskan
tesis Master hadithnya di al-Azhar, kemudian melanjutkan PhD hadithnya di
Universiti Umm al-Qura, Makkah, Arab Saudi.
Beliau
menulis banyak karya antaraya Nazarat Jadidah fi Ulum al-Hadith, sebuah kitab
yang menjelaskan manhaj mutaqaddimin dalam kajian hadith, 'Abqariah al-Imam
Muslim Fi Tartib Ahadith Musnadah al-Sahih, sebuah kitab yang menjelaskan
secara rinci manhaj al-Imam Muslim dalam kitab Sahihnya, kitab ilmu 'ilal
semisal al-Hadith al-Ma'lul Qawaid wa Dhawabith, Kaifa Nadrusu 'Ilm Takhrij al-Hadith,
sebuah kitab yang menjelaskan tatacara dan manhaj mentakhrij hadith, dan
lainnya karya.
4-
Al-Syaikh al-Muhaddith Abul Harith Dr. Maher Yasin al-Fahl (Al-Anbar, Iraq)
Beliau
adalah antara muhaddith serta muhaqqiq besar zaman kita, merupakan Syaikhul
Hadith di Darul Hadith, Iraq.
Juga merupakan ketua pensyarah jabatan hadith serta fiqh perbandingan mazhab di
Universiti al-Annar, Iraq.
Dari beliau saya menerima ijazah hadith dan meriwayatkan kutub sittah dan
lainnya kitab.
Beliau
berguru dengan ramai guru, antaranya al-Syaikh al-Hafiz 'Abdullah bin
'Abdurrahman al-Sa'd, al-Syaikh Thana' Allah al-Madini, al-Syaikh Hashim
Jumail, al-Syaikh Dr. Ahmad Ma'bad 'Abdel Kareem al-Azhari al-Misri, al-Syaikh
al-Hafiz Abu Khalid 'Abdul Wakeel bin 'Abdul Haqq al-Hashimi al-Makki,
al-Syaikh Abu Bakr Zuhair al-Syawish al-Dimashqi, al-Syaikh Dr. Basyar 'Awwad
Ma'rouf, dan lainnya.
Beliau
menulis banyak karya, antaranya syarah al-Tabsirah wal al-Tazkirah (al-Iraqi),
al-Jami' fi al-'Ilal wa al-Fawaid, yang mana ia adalah sebuah kitab ilmu 'ilal,
tahqiq serta syarah Ma'rifat 'Anwaq 'Ilm al-Hadith (Ibn al-Solah), tahqiq
Mukhtasarul Mukhtasar (Sahih Ibn Khuzaimah), Musnad al-Syafie, Syamail al-Nabi,
Bulughul Maaram, dan lainnya.
5-
Al-Syaikh al-Muhaddith Dr. 'Umar al-Muqbil (Al-Qassim, Arab Saudi)
Beliau
merupakan antara muhaddith Arab Saudi bermanhaj Mutaqaddimin, juga merupakan
pensyarah di Univ. al-Qassim, Arab Saudi, penyusun kitab Manhaj al-Hafiz Abi
'Abullah Ibn Mandah Fi al-Hadith wa 'Ulimih dan lainnya. Beliau mempunyai ramai
guru semisal al-Syaikh 'Abdullah bin Soleh al-'Ubaid, al-Syaikh al-Hafiz
'Abdullah bin 'Abdurrahman al-Sa'd, dan ramai lagi.
6-
Al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Ibrahim al-Laahim (Al-Qassim, Arab Saudi)
Beliau
merupakan antara ulama hadith senior bermanhaj mutaqaddimin di Arab saudi,
kelahiran Buraidah. Mendapat PhD hadith pada tahun 1409H dengan tesis bertajuk
"al-Tahqiq Fi Ahadith al-Ta'liq", beliau juga merupakan pensyarah
hadith di Universiti al-Imam Muhammad bin Sa'ud cawangan al-Qassim. Antara buku
karya beliau ialah: al-Jarh wa al-Ta'dil, serta al-Ittisal wa al-Inqitha', dan
banyak lagi.
====
Soalku
kepada mereka semua berbunyi:
السلام عليكم شيخنا الكريم، هل يجوز
للمسلم أن يقول: المدد يا رسول الله؟
وإذا كان يصح ما هو الدليل؟ ثم هل ورد
عن السلف الصالح من فعل ذلك؟ يوجد
بعض الناس في بلدنا ماليزيا فعل ذلك.
Terjemahan:
"Assalam 'alaikum guru kami yang mulia, adakah boleh bagi seorang muslim
menyebut "madad ya Rasulallah"? Jika boleh apakah dalilnya? Adakah
terdapat riwayat (yang Sahih) daripada Salafus Soleh yang melakukan sedemikian?
Terdapat sebilangan orang di negara kami Malaysia melakukannya"
Maka
mereka menjawab:
1- Fatwa
al-Syaikh al-Muhaddith al-Hafiz Abu Muhammad Ahmad Muhammad Shihatah al-Alfy
al-Sakandary (Iskandariah, Mesir), jawab beliau:
"Tidak
boleh sama sekali seseorang menyebut "madad ya Rasulallah", dan tidak
boleh bagi seseorang untuk bertawassul kepada Nabi SAW selepas kematiannya,
yang boleh ialah bertawassul dengan mereka yang masih hidup sebagaimana
peristiwa istisqa satu kaum yang meminta kepada al-'Abbas, mereka tidak pergi
kepada Nabi kerana baginda telah mati, sebaliknya kepada al-'Abbas yang
hidup"
** Saya
juga bertanya kepada guru saya al-Syaikh Al-Alfy berkenaan riwayat Malik
al-Daar, berkait peristiwa seorang lelaki pergi meminta kepada Nabi di kubur
baginda, saya menunjukkan matan riwayat berserta sanad kepada Syaikhuna
al-Alfy, maka beliau pun membaca sanadnya secara kuat di hadapan saya, kata
Syaikhuna:
"Telah
menceritakan kami Abu Mu'awiyah daripada al-'Amash daripada Abi Soleh daripada
Malik al-Daaar katanya..."...kemudian Syaikhuna al-Alfy diam seketika (3
saat) selepas membaca sanad, kemudian beliau bersuara kembali katanya "ya,
ya Malik al-Daar baginya sedikit masalah, dia diperkatakan (iaitu dia
dikritik)"
Mendengar
jawapan itu maka saya bertanya lagi, soal saya "bagaimanakah keadaan diri
Malik al-Daar? Adakah dia Majhul?" Maka jawab Syaikhuna al-Alfy secara
spontan, kata Syaikhuna:
"Tidak,
tidak, beliau bukan Majhul, sebahagian menilainya Thiqah, namun hadith ini
bermasalah pada matan, nakarah matan, bercanggah dengan al-Quran dan usul
aqidah".
====
2- Fatwa
al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Waleed Idrees al-Sakandary thumma al-Meneesy
(Iskandariah, Mesir/Minnesota, Amerika Syarikat), jawab beliau:
وعليكم السلام، لا يجوز قول هذه العبارة
وهي شرك بالله تعالى
لأن المدد هو طلب الزيادة في الرزق والقوة فكلمة المدد يا رسول الله هي استعانة بالنبي
عليه الصلاة والسلام بعد وفاته في شيء لا يقدر عليه وهي من دعاء غير الله وهذا شرك قال تعالى
مخاطبا النبي عليه الصلاة والسلام ( قل
لا أملك لنفسي نفعا ولا ضرا إلا ما شاء الله
)
ولأن النبي عليه الصلاة والسلام يقول (الدعاء هو العبادة ) فمن دعا غير الله فقد أشرك وعليه أن يتوب إلى الله من ذلك
ولأن النبي عليه الصلاة والسلام يقول (الدعاء هو العبادة ) فمن دعا غير الله فقد أشرك وعليه أن يتوب إلى الله من ذلك
ولم يحصل قط من السلف الصالح أن قالوا
هذه العبارة ولا طلبوا شيئا من
النبي عليه الصلاة والسلام بعد وفاته
حتى إن الصحابة لما نقص المطر
واحتاجوا الاستسقاء في عهد عمر طلبوا من
العباس أن يصلي بهم الاستسقاء
ويدعو لهم ولو كان يجوز الطلب من النبي
عليه الصلاة والسلام بعد وفاته لما
طلبوا من غيره
Terjemahan:
"Wa`alaikum salam, Tidak boleh mengucapkan ungkapan ini, dan ia ialah
syirik dengan Allah, kerana al-madad ialah meminta tambahan pada rezeki dan
kekuatan. Justeru, frasa “madad ya Rasulallah”, ia ialah memohon pertolongan
dengan Nabi selepas kematiannya pada sesuatu yang dia tidak berkuasa ke
atasnya, dan ia ialah berdoa kepada selain Allah, dan ini ialah syirik. Allah
ta`ala berkata ditujukan kepada Nabi: «Katakan: Saya tidak memiliki untuk diri
saya manfa`at dan tidak mudharat, melainkan apa yang Allah kehendaki». Dan
kerana sesungguhnya Nabi berkata: «Doa itu ialah `ibadah». Maka sesiapa yang
berdoa kepada selain Allah, maka sesungguhnya dia telah syirik, dan hendaklah
dia bertaubat kepada Allah daripada kesalahan itu.
Dan tidak
didapati sedikit pun daripada salafus soleh yang menyebut ungkapan ini, dan
tidak juga yang telah meminta apa-apa daripada Nabi selepas kematiannya,
hinggakan sesungguhnya sahabat, apabila hujan berkurangan dan mereka perlu
untuk meminta hujan pada zaman `Umar, mereka telah meminta kepada Al-`Abbas
untuk bersolat istisqa’ bersama mereka, dan agar dia berdoa untuk mereka.
Kalaulah boleh meminta kepada Nabi selepas kematiannya, mereka tentu tidak akan
meminta kepada orang lain"
====
3- Fatwa
al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Hamzah al-Malibari (Malabar,
India/Pakistan),
jawab beliau:
المدد من الله تعالى فقط يا شيخ!
Terjemahan:
"al-Madad hanyalah daripada Allah Ta'ala sahaja, wahai Syaikh!"
====
4- Fatwa
al-Syaikh al-Muhaddith Abul Harith Dr. Maher Yasin al-Fahl (Al-Anbar, Iraq),
jawab beliau:
وعليكم السلام ورحمة الله، لا يجوز ابدا
Terjemahan:
"Wa`alaikum salam, selamanya tidak boleh"
====
5- Fatwa
al-Syaikh al-Muhaddith Dr. 'Umar al-Muqbil (Al-Qassim, Arab Saudi), jawab
beliau:
لا يجوز ذلك، بل هذا من صور الشرك
الأكبر، فالنبي ﷺ ميت، ودعاء الميت شرك، ولو كان الرسول يدعى
من دون الله عند الشدائد لدعاه الصحابة عند الشدائد التي مرت بهم، وهي كثيرة.
والله أمرنا ألا ندعو إلا هو سبحانه، والنبي نفسه ما جاء
إلا ليعلق الناس بالله وحده فقط. ولو كان هذا الفعل جائزا لأرشد الناس إليه أن يفعلوه بعد
موته، خاصة وهم في المدينة، وبجانب
القبر الشريف. والله المستعان على هذا
الجهل العظيم.
Terjemahan:
"Tidak boleh. Bahkan ini adalah satu bentuk daripada syirik besar, kerana
Nabi sudah mati, dan doa kepada orang yang mati adalah syirik. Kalaulah Rasul
boleh diseru – selain daripada Allah – ketika kesusahan, pasti para sahabat
akan menyerunya ketika kesusahan yang banyak berlaku kepada mereka.
Dan Allah
telah menyuruh kita agar tidak menyeru melainkan kepada-Nya – Maha Suci Dia –,
dan Nabi sendiri tidak datang melainkan untuk menghubungkan manusia dengan
Allah semata-mata sahaja. Kalaulah perbuatan (menyeru Nabi) ini boleh, pasti
Nabi akan menyampaikan kepada manusia agar melakukannya selepas kematiannya,
khususnya kepada mereka di Madinah, dan yang berada di sekitar kuburnya yang
mulia. Dan Allahlah tempat meminta pertolongan atas kejahilan yang besar
ini"
====
6- Fatwa
al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Ibrahim al-Laahim (Al-Qassim, Arab Saudi), jawab
beliau:
لا
يجوز ذلك، هو من دعاء الأموات، ولكن من نشأ على هذا وظنه جائزا، أو أفتاه بذلك
علماؤه فيعذر بهذا.
Terjemahan:
"Tidak boleh berbuat sedemikian, kerana ia adalah perbuatan memohon kepada
orang-orang mati. Akan tetapi jika seseorang melakukannya dan dia sangka ia
boleh (kerana jahil) atau difatwakan kepadanya (oleh mufti jahil) bahawa ia
boleh, kemudian dia pun melakukannya atas kejahilan, maka dalam kes ini dia
dimaafkan"
====
Sekian,
dikongsi. Moga bermanfaat.
Dr.
Muhammad Fathi Ali al-Malizi al-Sakandary,
Camp Caesar, Iskandariah, Mesir,
Rabu, 4 Safar 1436H bersamaan 27 November 2014
Camp Caesar, Iskandariah, Mesir,
Rabu, 4 Safar 1436H bersamaan 27 November 2014
Sumber: https://www.facebook.com/groups/forum.diskusi.hadits/879759045376257/?notif_t=group_activity
Komentarku
( Mahrus ali ):
Untuk
mereka yang tidak paham bahwa minta – minta pada Rasul SAW adalah syirik sampai mati, maka
tetap berbahaya dan termasuk musrikin
bukan muwahhidin atau orang – orang yang
bertauhid. Sebab segala alasan di
akhirat di tolak. Saya ingat ayat ini:
يَوْمَ لَا يَنْفَعُ الظَّالِمِينَ مَعْذِرَتُهُمْ
وَلَهُمُ اللَّعْنَةُ وَلَهُمْ سُوءُ الدَّارِ
(yaitu) hari yang tiada berguna
bagi orang-orang zalim permintaan maafnya dan bagi merekalah la`nat dan bagi
merekalah tempat tinggal yang buruk. Ghafir 52
فَيَوْمَئِذٍ
لَا يَنْفَعُ الَّذِينَ ظَلَمُوا مَعْذِرَتُهُمْ وَلَا هُمْ يُسْتَعْتَبُونَ
Maka pada hari itu tidak
bermanfaat (lagi) bagi orang-orang yang zalim permintaan uzur mereka, dan tidak
pula mereka diberi kesempatan bertaubat lagi.
Rum 57 .
Di dunia saja, bila orang mencuri tertangkap polisi
lalu bilang kepada pak polisi : "Saya
tidak mengerti bahwa mencuri ini salah"
Sudah tentu pak polisi akan
menolaknya. Tidak akan diterima. Bila di
terima, pak polisi akan menyalahi undang – undang. Boleh jadi pak polisi akan
dipecat dan termasuk orang yang tidak
komit.
Orang tsb tetap akan
terpidana dan dipenjara kalau negara menggunakan hukum sekuler dan dipotong
tangannya tanpa penjara bila negara menggunakan hukum Islam.
Artikel Terkait
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Pesan yang baik, jangan emosional.Bila ingin mengkeritisi, pakailah dalil yang sahih.Dan identitasnya jelas. Komentar emosional, tidak ditayangkan